Monday, September 19, 2011

Hot Spring Sungai Klah, Sungkai

Tanggal 10 september yang lalu... Aku dan rakan seperjuangan ku yang sama2 kursus di Felda Residence telah diberi peluang oleh pihak Akademik Felda untuk berkunjunh ke Felda Hot Spring Sungai Klah di Sungkai Perak, terletak tidak jauh dari Plaza Tol Sungkai dan pekan Sungkai dan perjalanan masuk akan melalui Felda Sungai Klah.... tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pihak kami... bagi orang luar bayaran yang dikenakan sebanyak Rm 10.00 bagi dewasa dan Rm 6.00 bagi kanak2.... satu kawasan air panas yang menarik dan patut dikunjungi semua orang.... terdapat dua kolam mandi besar iaitu kolam air sejuk( air bukit) manakala satu lagi Kolam air panas (terdapat bahagian yang paling panas mencecah sehingga ke 60'c).... di sini aku kongsikan sedikit gambar dan pengalaman kami disana....


Gambar beramai2 di pintu masuk ke 2


kawasan air sejuk


kolam2 air panas (penulis berbaju biru kuning)


kawasan yang agak panas


ramai2 berendam di dalam air panas (kurang panas)

Kembali....

Sudah lama aku tak mengupdate blog aku ni....hampir 3 bulan sejak aku dapat kerja baru ..... la ni baru rasa nak mengupdate kembali.... Sekarang ni aku bekerja di sebuah syarikat perladangan terkenal iaitu Felda Plantation..anak syarikat Felda Holding... sebagai Assistant Manager (Pen. Pengurus) ladang .... tapi masih tidak comfirm lagi dalam erti kata lain aku masih dalam training selama setahun....dan sekarang aku tengah berkursus di Felda Residence, Trolak, Perak.... selama 3bulan sebelum diantar ke ladang....tapi sebelum aku kursus disini aku telah menjalani proses pengenalan ladang dimana aku telah diantar ke Ladang Tawai Satu, Gerik, Perak selama sebulan.... banyak pengalaman yang aku perolehi sepanjang sebulan disini (nanti aku update dalam entry yang lain).....apa2 pun aku nak kembali aktif dalam dunia blog ni... hihihi