Friday, June 24, 2011

Harimau Melaya Bukan Yamashita?

Aku pun baru tahu yang sebenarnya Jeneral Yamashita yang dicanang2 sebagai Harimau Malaya bukan la Harimau Malaya yang sebenar...maklumat yang aku sediakan ni aku ambil dari SYOK.ORg... Kreadit kepada Sakura Something kerana sudi kongsikan info ni...dan aku nak kongsikan info ni juga kepada blogger....benda ni mungkin menimbulkan sedikit kontroversi kerana ianya membabitkan sejarah Tanah Melayu....

Bear in Mind - satu masa dulu populasi Jepun di Malaya 100 tahun dulu... lebih tinggi dari orang India.. malah.. Jepun lebih Melayu dari Melayu.. kalau bukan disebabkan perang.. dorang mmungkin menjadi 2nd largest population than Malay in Malaysia and jadi lebih Melayu dari Melayu Urban..

Untuk pengetahuan blogger semua...Jeneral Yamashita bukanla Harimau malaya yang sebenar. Harimau Malays yang sebenar adalah Tani Yukata... (mesti ramai x tahu sapa dia ni)..



Dilahirkan di Terengganu in 1910, anak lelaki dari satu keluarga Jepun... yang berniaga kedai runcit di Hulu Terengganu.. dia suke berbaju melayu dan bersongkok mcm orang2 Melayu





bekas rumahnya di Terengganu masih ada lagi pada tahun sekitar hujun 1940'an.. rumah papan mcm rumah orang melayu lain


Tragedi Oktober (dah macam lagu Awie lak)... satu keajdian berlaku dimana adik Perempuan Tani Yukata (dua dari kanan) telah dirogol oleh orang2 cina... (mungkin disebabkan serangan Jepun keatas wilayan China pada zaman dulu).

Ditambah lagi dendam... pelaku2 tersebut dibebaskan oleh mahkamah British....
Dari 1933.. Tani Yutaka mengganas di Terengganu dan Kelantan dengan merompak business2 cina dan British... yang bestnye.. ramai ahli kumpulan gangster yakuza ni terdiri oleh orang Melayu (tak sangka Tanah Melayu dulu ada Yakuza)
Siape sangka budak Jepun muke baik sopan santun yg masuk Melayu ni jadi gangster yg amat ditakuti cine dan British pada tahun 1930's to 1940's

WORKS

Dia meneruskan kebrassballanya bersama2 geng2 nya dalam kerja2 sabotage British mase WWII.. then, tak lame lepas Jepun menawan Singapore.. dia mati akibat malaria di Johor

LAGENDA

Name dia tak dikenali disini.. tapi.. amat dihormati di Jepun.. sehinggakan.. dibuat filem khas untuknya pada tahun 1943 untuk mengenang semangat juangnye itu..



Yang paling bestnyer pulak.. cerita Jepun ni, semua pelakunnye tentulah Jepun.. TAPI.. semua pakai baju Melayu... dah jadi mcm cerita P Ramlee plak macam
bawah ni sedikit thriller cerita tersebut dan pelakon2 filem tersebut

Marai No Tora '' Tiger Of Malaya '' (1943)
Director : Koga Masato
Writer : Keizo Kimura
Cast :
Ryo Akaboshi : Farmer
Kotaro Horie : Hachio
Ko Kaibara : Slim
Yukichi Kamishiro : Wang
Keiju Kobayashi : Hassan
Misao Kokubu : Michie
Hatsuzo Nakasako : Ko
Koji Nakata : Yutaka Tani, Harimau
Shozo Nanbu : Yasuda
Seijiro Onda : Chang
Masao Ooi : Parc
Eiji Oshimoto : Fukuhara
Tokio Shimada : Li
Kazuo Sumita : Kanazawa
Kenjiro Uemura : Kamiya
Kumeko Urabe : Tomi
Ken Yamaguchi : Isogai



Thursday, June 23, 2011

Kenali Mr Bean

Semua orang kenal Mr bean seorang yang lurus bendul dan lawak ....aku minat ngan cerita Mr Bean ni walaupun lawak dia x masuk akal...hihi sini aku nak kongsikan siapa yang mainkan watak Mr Bean tu iaitu Rowan Atkinson mungkin ada yang pernah baca dan kongsikan bend ni....terima kasih kepada mr Zyber akuma dalm syok.org kerana sedia kongsikan benda ni....


Rowan Atkinson dilahirkan di Consett, County Durham, England pada 6 Januari 1955 dan merupakan anak kepada Ella May & Eric Atkinson yang bekerja sebagai petani di Durham. Atkinson dibesarkan di Anglikan dan mendapat pendidikan di Sekolah Durham Choristers, St. Bees School. Beliau merupakan pelajar pintar yang menuntut di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan meneruskan sarjana tingginya di Universiti Oxford dalam bidang sains.

Sedari zaman persekolahannya lagi, beliau yang terkenal menerusi rancangan komedi, Mr. Bean sudah mula menunjukkan minat berlakon apabila acapkali berlakon dalam persembahan teater sekolah. Menerusi Festival Edinburgh Fringe pada tahun 1976 & Oxford University Dramatic Society (OUDS) , beliau berpeluang bekerjasama dengan penulis, Richard Curtis dan komposer, Howard Goodall. Malah, sehingga kini mereka masih lagi bekerjasama.

Kejayaan yang diperoleh menerusi kerjasama beliau dengan Angus Deayton dalam rancangan-rancangan berunsur komedi telah membuka jalan kepadanya untuk menceburi bidang penulisan & radio. Walaupun pernah ditawarkan siri televisyen sendiri, beliau menolak tawaran berkenaan. Beliau bekerjasama dengan John Lloyd menerusi “Not The Nine O’Clock News” dan kejayaan rancangan tersebut membawanya berlakon sebagai Edmund Blackadder menerusi “The Black Adder” pada 1983. Kreativiti beliau makin terserlah menerusi “Mr. Bean” dan kerana rancangan komedi inilah beliau dikenali sebagai Charlie Chaplin moden. Malah, nama Mr. Bean beliau lebih dikenali berbanding nama sebenar beliau. Siri komedi ini yang banyak menggunakan mimik muka dan pergerakan badan membuatkan ia diangkat sebagai filem iaitu “Mr. Bean” & “Mr. Bean’s Holiday”.


TEORI CERITA MR.BEAN

Mr.Bean
Mr. Bean adalah satu-satunya watak di dalam program ini (kecuali Teddie, patung beruang kegemarannya). Watak-watak lain yang muncul sekadar sebahagian daripada jenakanya, dan selain Mr. Bean cuma terdapat dua watak sampingan iaitu; "teman wanitanya" Irma Gobb (dilakonkan oleh Matilda Ziegler) dan Mr. Sprout, yang selalu kelihatan di dalam kereta Reliant Regal Supervan III yang berwarna biru, (yang selalunya akan terbalik, dilanggar dll). Walau bagaimanapun Angus Deayton selalu akan kelihatan di samping Atkinson sebagai watak sampingan yang melakonkan watak-watak secara rawak.

Mini Cooper Mr. Bean
Kereta mini Mr. Bean, juga boleh dikatakan satu watak utama. Pada mulanya, kereta mini berwarna jingga ialah kereta kegemaran Mr. Bean, tetapi kereta ini mengalami kemalangan pada pengakhiran episod pertama. Mulai saat itu, kereta mini itu berwarna kuning dengan bonet berwarna hitam. Ia muncul pada episod "The Curse of Mr. Bean". Mr. Bean menggunakan mangga sebagai kunci kereta daripada menggunakan secara normalnya kunci kereta biasa. Kereta mini itu menjadi tumpuan dalam beberapa aksi (contohnya; Mr. Bean memakai baju di dalam kereta tersebut semasa sedang memandunya). Kereta itu dihancurkan oleh sebuah kereta kebal dalam episod "Back to School Mr. Bean", tetapi kembali semula dalam episod yang seterusnya.

Makhluk Asing
Lagu tema rancangan ini memperlihatkan Mr. Bean jatuh dari langit melalui satu gelung cahaya. Terdapat teori yang mengatakan bahawa Mr. Bean ialah makhluk asing dan ada juga yang mengatakan Mr. Bean seorang pari-pari yang diperturunkan ke Bumi.

Walau bagaimanapun, penerbit rancangan ini mendakwa ini adalah untuk menunjukkan statusnya sebagai seorang insan biasa yang diberi peluang mencari kemasyhuran.


Sinopsis Ringkas Mr.Bean
p/s: ni utk sapa2 yg xpenah tgk cita Mr.Bean sampai abis

Mr. Bean:


Episod ini mengandungi tiga aksi berbeza. Pertama sekali, Bean pergi ke universiti untuk mengambil ujian Matematik. Beliau yang belajar bidang Trigonometri tersilap mengambil kertas Kalkulus. Hanya pada dua minit terakhir baru beliau sedar yang terdapat dua kertas berbeza. Babak kedua menyaksikan Bean pergi ke pantai dan cuba untuk menyalin pakaiannya tanpa dilihat oleh seorang lelaki. Selepas berjaya, barulah Mr. Bean tahu yang lelaki itu sebenarnya buta. Akhir sekali, Bean pergi ke gereja dan tertidur. Beliau kemudiannya cuba untuk memakan gula-gula tanpa disedari oleh sesiapa.

The Return of Mr. Bean:


Episod ini mengandungi empat buah babak. Pertama, Bean menolong pemuzik jalanan dengan menari. Kedua, Bean mencuba kad kredit barunya di sebuah pasar raya. Dia membeli-belah (mencuba dahulu sebelum membeli) dan kemudian kehilangan kad kreditnya kepada seorang lelaki yang tersilap mengambil kad kreditnya. Bean cuba untuk mengambilnya semula tanpa disedari lelaki tadi tetapi tanganya tersekat dan lelaki tadi mengheret Bean sehingga ke tandas. Ketiga, Bean pergi restoran sempena hari jadinya dan memesan daging panggang. Tetapi kerana makanan yang dipesan tidak sedap dia membuangnya di tempat berbeza (dalam beg tangan, seluar pemain violin). Akhir sekali, Bean hadir ke majlis untuk berjumpa dengan "Ratu" England tetapi dia datang dalam keadaan tidak bersedia. Ketika dia ingin tunduk hormat kepada Ratu, kepala Ratu terhantuk ke kepalanya lantas dia melarikan diri.

The Curse of Mr. Bean:


Episod ini mempunyai empat buah babak. Pertama, Mr. Bean pergi ke kolam renang dan cuba untuk terjun daripada papan terjun (sebaliknya takut dan akhirnya ditolak oleh dua budak lelaki). Kedua, Bean enggan bayar duit letak kenderaan jadi mencuba pelbagai cara untuk keluar daripada pintu masuk. Ketiga Bean pergi taman untuk makan tengah hari dengan cuba untuk membuat sandwich sendiri (dengan roti buku dan ikan dalam balang) tetapi dia bersin menyebabkan sandwich itu jatuh. Lelaki disebelahnya akhirnya memberikan dia sanwich yang baru. Akhir sekali, Bean pergi ke panggung wayang untuk melihat filem seram bersama teman wanitanya. Dia sendiri yang menjadi takut (walaupun dia menakutkan orang lain).

Mr. Bean goes to town:


Episod kali ini mempunyai empat bahagian. Pertama, Bean membeli sebuah televisyen baru tetapi menghadapi masalah untuk menerima siaran (ini memaksanya berbogel di satu supaya isyarat dapat diterima). Kedua, Bean menggunakan kamera yang baru dibelinya tetapi dicuri. Bean, menggunakan pensel untuk mengenal pasti pencuri itu ketika kawat cam polis. Ketiga, Bean terasa gatal dikakinya dan membuka sebelah kasut untuk menggaru kakinya. Dia meletak kasut tadi di atas bumbung sebuah kereta, dan kereta itu tiba-tiba dihidupkan menyebabkan Mr. Bean menjengket ke seluruh pekan itu (dia berjaya menemui kasutnya semula). Akhir sekali, dia membawa teman wanitanya ke disko dan prtunjukan silap mata. Dia merosakkan pertunjukkan silap mata tadi dan menyebabkan dia ditinggalkan teman wanitanya. Di disko, teman wnaitanya menari bersama lelaki lain tetapi Mr. Bean cuba mengambil tempatnya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Mr. Bean meninggalkan disko tadi dan menutup suis utamanya.

The Trouble with Mr. Bean:


Episod ini mempunyai 3 babak. Pertama sekali, Bean lewat untuk temu janji dengan doktor gigi dan terpaksa menukar pakaian dan menggosok gigi ketika sedang memandu kereta ke klinik gigi. Kedua, dia tiba di klinik gigi tetapi dengan tidak sengaja tercucuk kaki doktor gigi dengan ubat kebas menyebabkan doktor itu terjatuh dan pengsan. Bean memutuskan merawat giginya sendiri sehinggalah doktor itu kembali pulih. Ketiga, Bean pergi ke taman untuk berkelah tetapi seekor tebuan mengganggu Mr. Bean dan inginkan keknya. Dengan kecewa, dia meninggalkan tapak perkelahannya dan membuang kek tadi kepada seorang pencuri kereta.

Mr. Bean Rides Again:


Episod ini mempunyai empat bahagian. Pertama, Bean ingin ke pejabat pos tetapi kereta mininya tidak boleh dihidupkan jadi dia memutuskan untuk menaiki bas. Semasa di perhentian bas, seorang lelaki diserang sakit jantung dan Bean cuba untuk menolongnya yang akhirnya, lelaki tersebut pengsan akibat perbuatannya yang cuba mengejutkannya dengan kuasa elektrik. Ambulans datang tetapi Bean mengambil semua kuasa daripada bateri ambulans tersebut ke keretanya. Kedua, semasa dalam perjalanan, Bean tidak sengaja tertelan setem dan dia kemudiannya mencuri setem daripada seorang wanita. Apabila wanita terbabit berpatah balik, Bean menyembunyikan dirinya dalam tong pos itu sehinggalah tong pos itu dibuka semula. Ketiga, Bean mengemas barangannya untuk pergi bercuti dan seboleh-bolehnya meringkaskan barangannya agar muat ke dalam beg kecil. Tetapi, dia tidak ketahui bahawa ada beg yang lebih besar selepas berjaya mengemas barangnya. Akhir, Bean menaiki kereta api tetapi dia diganggu dengan bunyi gelak tawa seorang lelaki. Bean kemudiannya menjumpai gula-gula getah dan meletakkanya di telinga yang menyebabkan dia tidak mendengar konduktor kereta api meminta tiket dan terkejut kemudiannya sehingga tercampak buku yang dibaca. Bean kemudiannya menaiki kapal terbang dan cuba menjaga seorang budak yang sakit disebelahnya.

Merry Christmas, Mr. Bean:


Episod ini mempunyai empat buah babak. Pertama, Bean pergi ke sebuah kedai di London dan melakukan perkara yang pelik (mencuba lampu, bermain anak patung, dsb.). Kedua, Bean bertemu dengan teman wanitanya yang menunjukkan kepada Bean sebutir cincin pertunangan, beliau kemudian menangkap penyeluk saku dan menjadi konduktor sebuah pasukan muzik. Ketiga, Bean bersiap untuk Krismas tetapi dibosankan dengan filem-filem perang, seram dan menutup pintu pada sebuah kumpulan nyanyian karol krismas. Keempat, Bean cuba memasak ayam belanda tetapi kehilangan jam tangannya di dalam ayam belanda tersebut. Hal ini menyebabkan kepalanya tersangkut kepada ayam belanda terbabit ketika teman wanitanya tiba yang kemudian menolongnya. Kemudian, mereka memakan sandwich dan Bean memberinya hadiah; hanya sebuah gambar pertunangan yang dilihat di kedai cincin semalam. Kecewa, teman wanitanya meninggalkan dia dan Bean menyambut krismas sendirian (dan meletupkan mercun yang digabungkan bersama).

Mr. Bean in Room 426:


Episod ini merangkumi satu babak yang besar. Bean pergi menginap di hotel dan membuat pelbagai perkara yang aneh dan pelik di sana. Antaranya ialah, menebuk lubang di dinding untuk menggantung gambarnya, menyusup masuk ke dalam bilik sebelah untuk mandi. Pada makan tengah hari, dia meniru jiran hotel sebelahnya sehingga tersalah makan. Hal tersebut membuatkan dia terpaksa mengambil pelbagai ubat semalaman kerana risau jika dia akan ditimpa sakit. Akibat kepanasan, beliau membuka seluruh pakainnya. Kemudian, jiran sebelahnya memainkan muzik dengan kuat dan ini menyebabkan dia keluar ntuk mengetuk pintu jirannya supaya memperlahankan bunyi (dalam keadaan bogel!). Pintunya secara automatik terkunci dan dia terpaksa mencari jalan mendapatkan kunci pendua tanpa diketahui oleh orang lain.

Mind the Baby, Mr. Bean:


Episod ini juga merangkumi satu suasana yang besar. Bean pergi ke pesta ria tetapi secara tidak sengaja terlupa mengunci but keretanya. Pemegang but ini menarik sebuah kereta bayi (sudah tentu terdapat bayi di dalamnya!) ke pesta ria tersebut. Selepas sedar akan kehadiran bayi tersebut Bean terpaksa menjaganya dan membawanya ke pasta ria sehinggalah bayi itu dipulangkan kepada ibunya (yang secara kebetulan berlaku).

Do-It-Yourself, Mr. Bean:


Episod ini mempunyai tiga babak. Pertama, Bean mengajak dua kawannya, Rupert dan Hubert untuk meraikan tahun baru tetapi parti itu membosankan mereka dan apabila Bean pergi menyiapkan snek, mereka dengan segera menukar jam ke pukul 12 tengah malam dan mengatakan yang mereka penat. Bean kemudiannya masuk tidur dan dia baru sahaja menyedari yang tahun baru menjelang tiba. Kedua, Bean pergi membeli-belah sempena tahun baru dan memuatkan banyak barang pada kereta mininya termasuklah sebuah kerusi rehat. Ketiga, Bean cuba mengubah suai rumah sendiri tetapi menyebabkan rumahnya huru-hara. Dia menutup semuanya dengan surat khabar dan meletupkan tin cat. Semasa Bean keluar daripada rumahnya, Hubert masuk kerana ingin mengambil topinya.

Back To School, Mr. Bean:


Episod ini menampilkan Mr. Bean pada hari terbuka sebuah sekolah. Tidak dapat mencari tempat letak kereta, Bean ternampak sebuah kereta yang menyerupai keretanya diletakkan pada satu tapak dan menukarkan kereta itu dengan keretanya. Semasa dalam sekolah, Bean mengacau seorang penulis kaligrafi dan orang lain. Dalam makmal sains Bean mencuba mencampur adukkan bahan kimia menyebabkan terjadinya letupan kecil yangtidak berbahaya. Asap biru keluar daripada makmal itu. Bean berjaya melepaskan diri tetapi seorang budak tidak. Semasa dalam kelas seni bean terkejut kerana dia terpaksa melukis seorang wanita bogel dan dia segera membuat baju dalam untuk wanita terbabit. Semasa dalam kelas karate, Bean yang ketakutan berjaya mengelirukan seorang guru taekwando dan menggulungnya dalam tilam. Semasa menyalin seluar, Ban tertukar seluarnya dengan sluar orang lain dan tergesa-gesa mencari seluarnya. Dalam tandas lelaki, Bean berjaya mencari seluarnya dan merampas kembali daripada lelaki terbabit. Akhir sekali, Bean menyaksikan kereta mininya dimusnahkan oleh sebuah kereta kebal.

Tee Off, Mr. Bean:


Episod ini mempunyai dua babak. Babak pertama adalah ketika Mr. Bean mencuci bajunya sendiri di dobi dan yang dicucinya ialah dadu hiasan, alas kaki, patung Teddy, dan seluar dalam. Kesilapannya mencuci seluar dalam membuatkannya menukar seluar dalam di situ juga dan menyebabkan dia tanpa disengajakan memakai skirt perempuan. Diterukkan lagi, terdapat seorang lelaki yang suka membulinya dan dibalas Bean dengan menukar sabun lelaki tersebut kepada kopi pekat. Kedua, Bean bermain golf. Peraturan permainan golf yang tidak membenarkan pemukul memegang bola golf menyebabkan Bean memukul bola golf merata tempat (bawah tanah, dalam tong sampah, dalam plastik barangan runcit, malah di dalam paip ekzos kereta Proton Saga Iswara untuk memasukkan bola tersebut ke dalam lubang.

Goodnight, Mr. Bean:


Episod ini mempunyai tiga babak. Babak pertama menunjukkan Bean pergi ke hospital. Ketika meletakkan kereta, Bean meletakkan kereta terlalu dekat di belakang ambulans menyebabkan pintu ambulans tidak dapat dibuka. Ketika di hospital, nombor gilirannya yang masih jauh menyebabkan Bean sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan gilirannya untuk dirawat (mengeluarkan tangannya daripada teko). Kedua, Bean bergambar dengan pengawal tentera Britain. Bean cuba menghias dan mendandan pengawal tersebut (dengan bunga) untuk bergambar bersamanya. Walau bagaimanapun, akhirnya pengawal tersebut beredar ketika kamera mengambil gambar. Ketiga menunjukkan persiapan Bean sebelum tidur. Gelagatnya ditunjukkan dengan menggosok gigi, membersihkan muka dan telinga menggunakan berus gigi yang sama. Malangnya, Bean mendapat kesukaran untuk tidur. Dibuka pula televisyen dan dia menonton pertandingan catur. Baru sahaja hendak lelap, muzik rancak mengejutkannya. Akhirnya, dia menggunakan kaedah biasa iaitu mengira kambing (dengan kalkulator).

Hair by Mr. Bean of London:


Episod ini terdapat hanya melalui video dan mempunyai tiga babak. Yang pertama adalah gelagat Bean di kedai gunting rambut. Ketika penggunting rambut sedang berbual, Bean menyamar menjadi penggunting rambut sehingga membotakkan seorang budak dan merosakkan rambut palsu pelanggan lain. Babak kedua menunjukkan Bean di pasta ria pinggir bandar yang terdapat pertandingan lumba anjing. Walau bagaimanapun, Bean mendaftarkan Teddy untuk menyertai pertandingan itu lalu menang. Tetapi, hadiahnya ialah seketul tulang besar yang sudah tentu tiada guna buatnya. Dia membuang tulang tersebut dan menyebabkan kanak-kanak berhampirannya diserang anjing lain. Babak ketiga dan terakhir menunjukkan Bean membuat pelbagai helah untuk melepasi pemungut tiket di stesen kereta api kerana ketiadaan tiket. Akhirnya, dia dengan memasukkan dirinya ke dalam guni dan berjaya di bawa masuk ke dalam kereta api (lalu menuju ke Russia)..dan tamat lah cerita Mr.Bean




dengan bini dia Sunetra Sastry



anak lelaki dia Benjemin Atkinson


Anak perempuan dia Lily Atkinson

Sini aku kongsikan Thriller Cerita JOHNNY ENGLISH REBOND yang akan ditayangkan pada 7 oktober 2011


Saturday, June 18, 2011

Pelakon Vateren Zami Ismail Meninggal dunia


Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara.

Al-fatihah buat arwah. Berita kematian arwah dimaklumkan oleh salah seorang rakan artis kepada kami.

Arwah meninggal selepas beberapa minggu berada di hospital akibat sakit yang kuat.

Sebarang info terkini akan kami update. Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar arwah aman di alam sana dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. Amin...


sumber:-gempak.org


nota penulis:- teringat lakonan arwah dalam antu kak limah ngan pimai pimai tang tu

Baca je la.....

Terasa aku nak tulis benda ni la... Tak tahu apa perasaan aku bila melihat Siti Nurhaliza dan rakan2 artis yang lain termasuk la David Teo tu pakai baju loreng yang menyatakan mereka telah menyertai Regimen Askar Wataniah ini...Nak kata perasaan aku rasa bangga (adalah sikit), rasa keliru, rasa geli hati pun ada, dan x rasa apa2 pun ada bila melihat mereka berpakaian loreng ini...bukan aku rasa tercabar atau jelous tapi ingin memnyatakan persoalan yang timbol dibenak kepala aku ni....
bukan aku x bangga bila ada dikalangan artis ni masuk wataniah...dan tidak dinafikan juga dengan penyertaan para artis ni dapat menarik golongan muda dan pertengahn menyertai wataniah ini.... tapi timbul persoalan aku....adakah mereka akan dilayan secara sama rata dari segi
LATIHAN,PEMBAYARAN ELAUN, KENAIKAN PANGKAT DALAM WATANIAH, dan lain2 lagi...seperti orang awam yang menyertai wataniah....sedangkan mereka masuk wataniah ni di beri publisiti yang meluas berbanding orang lain yang menyertai askar wataniah ni...dan Adakah mereka ini akan dilayan tersangat la istimewa diatas nama ARTIS dan VIP didalam wataniah ini....aku mengharap yang mereka ini akan dilayan secara adil dan saksama....

mungkin ada para blogger dan orang disana mengatakan yang aku tidak layak bercakap mengenai perkara kecik ini...tapi...aku ada pengalaman dalam menyertai WATANIAH ni semasa aku belajar di UPM dimana aku menyertai
PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)dimana aku merasa la juga hidup didalam dunia askar walaupun bagi Askar tetap (regular) yang menyertai latihan askar wataniah hanya sedikit sahaja berbanding dengan latihan askar regular..... apa2 pun ucap tahniah atas penyertaan Dato Siti dalam wataniah moga dapat dicontohi oleh artis lain dan orang2 awam yang lain....



perbandingan yang ketara berbanding dengan gambar diatas..hihi

nota penulis:- rasa bangga bila tengok ayah aku pernah menyarong baju loreng ini dulu....
psst:- terasa geli ati melihat artis berpakaian loreng....
Tetiba aku layan lagu Price Tag ni nyanyian Jessie J...padahal lagu ni dah lama...saja nak share video dia...agak seksi la video ni...dan satu lagi nak share video budak pompuan namanya Maddie Jane yang nyanyi lagu ni dalam versi unplugged...
Video versi Jessie J

Video versi Maddie Jane


Lirik lagu ni :-
Seems like everybody’s got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the tale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
You got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can’t even have a good time.

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight

It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain’t about the (ha) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

We need to take it back in time,
When music made us all UNITE!
And it wasn’t low blows and video Hoes,
Am I the only one gettin tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can’t buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we’ll be feelin
All right.

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight

Yeah yeah
Well, keep the price tag
And take the cash back
Just give me six streams and a half stack
And you can keep the cars
Leave me the garage
And all I..
Yes all I need are keys and garage
And guess what, in 30 seconds I’m leaving to Mars
Yes we leaving across these undefeatable odds
Its like this man, you can’t put a price on life
We do this for the love so we fight and sacrifice everynight
So we aint gon stumble and fall never
Waiting to see, a sign of defeat uh uh
So we gon keep everyone moving there feet
So bring back the beat and everybody sing
It’s not about

Yeah yeah
Oo-oooh
Forget about the price tag


Psst:- aku suka versi budak pompuan tu .....

Wednesday, June 15, 2011

Macam mana nak jadi Sniper Hebat....

Mari kita Belajaq cara jadi Sniper yang betul....jom zoom bawah
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


Psst:- belajaq pakai senapang kayu dulu ya Makcik...hihi :-)

Tuesday, June 14, 2011

Pelakon Terbaik...!!!

Korang mesti x Caya pa yang aku cakap...Pelakon terbaik sebenarnya bukan Sazy sam atau pun Bradpitt.... pelakon hero terbaik jatuh pada......!!!!!!


!

!
!
!
!
!!
!
!!
!
!
!
!!
!
!
!
!
!
!

Nampak x pakcik polis 2 hihi......



Psst:- cover baik punya Pakcik.... hihi

Lawak Petang!!!

Saja nak post cerita2 lawak kat sini...nak release2 tension2 ptg2 ni pas balik kerja ....mungkin ada yang pernah baca...kalu dah baca....baca la lagi...kalu yang tak pernah baca sesila la gelak k...hihi :-)

Lawak 1:-Negro yang Haus
Al kisah, Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die dengan jin padang pasir.
Jin tu cakap...

"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO, aku akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

Negro tu pun cakap..."Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga. Ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar"

Negro tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain, Negro tu jadi...............
!
!
!
....mangkuk tandas wanita...

Lawak 2:-Salah Naik Bas
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata,

"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."

Lawak 3:-Jaga Kau Harun
Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...

Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

"Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."

Lawak 4:-Gengster dan si Bisu
Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

Lawak 5:-Cikgu ada orang Tiru!!!
Dalam Satu Kelas Yang Sunyi,Seorang Cikgu Bio Telah Memberi Satu Tugasan.. Iaitu Menyuruh Para Pelajar Dalam Kelas Melukis Organ Pembiakan Perempuan..
Seorang Pelajar Perempuan Terus Melihat Dalam Kainnya Untuk Melukis Bentuk Organ Pembiakan........
Tiba-Tiba Seorang Lelaki Ternampak Perbuatan Itu Dan Menjerit-Jerit..
"CIKGU ADA ORG MENIRU!!" ... Dengan Nada Marah.....

Sunday, June 12, 2011

Penangan Nora Elena Vs Penangan Nur Kasih

Terasa tetiba ja ada idea nak tulis pasal entry ni.....Coretan ini bukan untuk mengutuk wanita..hanya sekadar pendapat aku.... Mesti tertanya apa penangan dua drama popular Malaysia ni... aku ni bukan apa sejak dua mejak ni Fenomena drama Nora Elena menjadi perhatian orang ramai...terutamanya kaum wanita...kebanyakan wanita kat Malaysia ni mesti mengidam-idamkan lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti Seth (watak hero Nora Elena) lakonan Aaron Aziz...mana2 blog wanita la (bukan semua) mesti ada tertulis kehebatan watak Seth ni


...Masih ku ingat penangan drama Nur Kasih yang menjadi tontoman umum rakyat Malaysia satu masa dulu...ramai gak wanita2 di Malaysia ni mengidam2kan watak ustaz Aidil (lakonan Tizz Fairuz) dan Adam (Remy ishak). kebanyak watak2 yang dilakonkan memaparkan seorang lelaki yang romantik, setia, bukan pemarah dan semuala watak baik yang ada...sampaikan Bini2 orang, Mak cik2, janda2, datin2 tergila2kan watak2 ni...hihihi...
antara watak yang jadi kegilaan wanita dalam Nur Kasih


Tidak dinafikan yang kedua2 drama tersebut memaparkan ciri2 lelaki idaman wanita... tapi apa yang aku sampaikan ini bukan menunjukan yang kami ni jelous ngan kegilaan para wanita terhadap watak2 tersebut... apa yang ingin aku sampaikan disini adalah Bukan semua lelaki di Malaysia atau dunia ada ciri2 seperti watak2 diatas yang diidam2kan oleh wanita...Seperti bak kata Dato Fadzillah Kamsah ada mengatakan 'Lelaki Ini Tidak Sempura'- Maafkan kami jika kami tidak sempurna...Begitula kata2 dari Pakar Motivasi terkenal itu... Sekian

Macam mana nak perbaik Gambar lama-lama

Baru-baru ni ayah aku ada minta tolong aku perbaik semula gambaq-gambaq lama dia.... gambaq-gambaq ni semua dah rosak kena air .....xtahu macam mana nak perbetulkan....kepada otai2 yang leh fotoshop tu leh x kongsi2 macam mana nak perbetul balik gambaq - gambaq kat bawah ni.... aku tahu pasal photoshop ni tapi basic jela... tak tahu pasal macam mana nak perbaik gambaq - gambaq ni..... puas dok mengoogle tapi hanya basic ja yag tunjuk...nak antaq p kedai...kos ma bukan kedekut...alang2 kita tahu pasal photoshop ni pa kata kita belajaq betul x...


antara gambaq yang aku nak perbaik...


Friday, June 10, 2011

Segmen : Jom Usha Blogger Baru

ari ni ha den nak masuk segmen JOM USHA BLOGGER BARU oleh abg UMAR FARUQ....sesiapa rasa nak join segmen ni ha cecuba la klik ket BANNER ket bawoh tu....den ni ha boring2 x ideo tu la pasal den join benda2 berpaedah2 macam gini hoho.... sesila la klik banner ket bawah tu yo.....


ni ha 25 cito pasal diri den ni ha
1) den ni ha namo macam pompuan sikit MOHD NASIHAH diberi namonya...
2) namo gelaran den yang kawan bori "KAM"..mesti ado ingat nak sobut kambingkan hahaha
3) Den ni ha cakop nogeri tapi sobonarnya den dok Kedah ( sj den ckop nogeri)


4)) Den korja kat penang....ala... ket Butterworth ja pun


5) suka melawat2 blog orang.... den bagi komen ngan follow...x kisah la orang nak follow den ke tidak..hihi


6) dah ada BERPUNYA....(teman tapi mosra la yo)

7) ari2 den main ragbi .... x la den suko main ragbi bukan ari2 hihi

8) den x suko cerita seram...kalu citer seram lawok den tengok....bukan takut Tahyul semua tu huhu

9) den sko baco buku sejarah .....hoho

10) den suka lagu2 berunsur ROCK yeh yeh....

11) nak kato den minat game bolehla...tapi den lamo x main sojak lapptop den ni ha buat hal

12) Suka lepak ket umah masa cuti ....den malas nak kuar hohi

13) peminat tegar glory2 Man United dan Barca...Sobab tu den x kisoh sapo menang champion League ari tu hahaha

14) den ada motor kapcai den... HONDA EX5 hoho

15) den ni baikkan kan kan...hihi

16) Suko diberi nasihat dan memberi nasihat....

17) Suka memangku mamber2 karib hahaha

18) den berbadam dua(hahaha) bukan...den berbdan nak kata taff x gak hahaha

19) den ada duo ekor kucing....TAM dan KENET

20) suko google... mengoogle pa yang patut

21) suko donload movie, anime ngan siries...

22) den ni ha anak sulong dari 3 adik beradik ja

23) suka tido ....maso den belajor dulu den asyik tido ja ...hahaha

24) Suka makan ....Itu penting....makanan kegemaran tentula yang mak den masak hihi

25) kalu den main futsal ngan kawan2 den mesti keno jadi keeper..padahal mamber main buka bagus mana (mengumpat jap hahaha)




Psst :- 25 benda pasal diri den...banyok tu semuanya ado ket atais ni ha... baca sampai nai muntah hihi....enjoy ya....

Amaran kepada Kaki Download

Ni berita gempar wat kaki - kaki downloader movie macam aku ni....

SKMM Meminta Penyedia Internet Menghalang Akses Ke 10 Laman Perkongsian Popular

Sejak beberapa minggu ini, beberapa laman-laman hos fail terkemuka menghadapi masalah untuk diakses, dan kini ianya diketahui mengapa ianya berlaku. Ianya kini diketahui yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke beberapa laman yang terbabit.

Melalui satu surat rasmiuatu , SKMM telah meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular. Ianya diperkatakan akses ke laman tersebut terpaksa dihalang kerana ianya terlibat dalam perkongsian fail-fail berhak-cipta, dan melanggar akta hakcipta tempatan.

10 halaman yang terlibat adalah www.movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube, dan juga MegaUpload. Walaubagaimanapun, buat masa ini, beberapa penyedia internet masih lagi memberikan akses ke halaman ini. Namun mungkin ianya akan dihalang tidak lama lagi


Disebabkan permintaan berulang untuk penjelasan dari pelanggan kami mengenai website tertentu yang mana tidak lagi boleh dicapai pada rangkaian P1 4G, Disini kami sertakan satu salinan surat itu dari MCMC mengenai tempat-tempat yang perlu disekat oleh ISPs. Harapan ini dapat menjelaskan perkara tersebut. Terima kasih.





>




nota aku:- ni satu langkah yang mengejutkan yang dilakukan oleh pihak SKMM(suruhan komunikasi Malaysia) bagi aku sorang kaki donwload.... tapi kebanyakan site2 yang bakal diblock ni kebanyakkan aku x guna...tapi pada keadaan yang mermelukan saja aku guna.... sepatutnya SKMM patut mengutamakan menghalang penyebaran laman web lucah ataupun laman2 web yang berbaur perkauman....bagi para downloader semua ini berita yang mengejutkan sapa2 yang selalumendownload....

Psst:- aku mengharapkan yang Mediafire tidak diblock...itu la sumber aku mencari cerita2 terbaik.... hihi

Tuesday, June 7, 2011

Segmen: Ben Ashaari ajak Tukar Link

Ni First Time Aku Join Segmen Bersama BEN ASHAARI....Sebelum ni bukan aku x nak join....aku gerun mendengar nama Ben Ashaari ni...(antara otai2 blogger) sapa2 blogger yang tak kenal dia rugi wooo........Kali ni aku tak kira aku nak join gak...hahahaha....apa segmen dia kali ni...korang leh baca tajuk kat atas atau klik kat link di BANNER kat bawah tu >>>>>

!

!

!
!
Nota Penulis:-ni first time masuk Ben Ashaari punya segmen...

Monday, June 6, 2011

Misteri Firaun (musuh para Nabi)





Sebenarnya dah lama aku ingin beli buku ni....akhirnya dapat gak...aku suka buku2 yang bercorak sejarah dan sedikit keagamaan.. (x berminat dengan novel).... sebenarnya bukan aku yang beli tapi aku suh my future wife belikan untuk aku masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 ari tu...bukan apa kalau beli kat kedai biasa dekat rm60.00 tapi kat pesta buku leh dapat rm51.00... tapi bukan harga yang penting disini tapi ilmu dari pembacaan kita yang penting disini.... takat ni aku x habis lagi baca buku ni....tapi maklumat yang disampaikan disini amat berguna bagi aku.....nanti akan aku rumuskan setiap tajuk kecil dalam buku ni...
Dalam entry ni aku hanya nak perkenalkan sapa penulis buku ni dan terbitannya serta serba sedikit mengenai buku ini...(akan aku ceritakan lebih lanjut dalam entry baru setelah habis baca buku ini).

Penulis
AFAREEZ ABD RAZAK AL-HAFIZ
(penulis buku Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain-buku bestseller)
mendapat sokongan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)
Terbitan
PTS MILLENNIA SDN BHD


sedikit gambar aku kongsikan disini

Kulit depan buku

bahagian belakang kulit buku


Antara gambar dan isi yang dijilidkan

antara tajuk dalam buku ini

nota kam:-) banyak gambar dalam buku ni yang membantu permahaman aku dan menarik minat aku untuk terus membaca....

Sunday, June 5, 2011

Touch N Go @ Smartag vs Bayar Tunai....

Mesti ada tertanya2 kenapa aku tulis tajuk ni....( x kena mengena pun ngan aku) ya saja ja aku nak tulis benda ni kat sini sebab apa...aku sebagai jurutol kat PLUS merasa terpanggil nak tulis benda2 ni...bukan apa mesti korang perasan dalam dua tiga hari ini keadaan trafik kat mana2 lebuhraya terutamanya Lebuhraya Utara Selatan sesakkan.... kat sini aku nak tuliskan kelebihan dan kekurangan antara kedua2 penggunaa tersebut.... dan sedikit tips kepada sesiapa yang menggunakan smartag atau TNG di lebuhraya

KELEBIHAN SMARTAG @ TNG
1)Cepat dan Mudah ( hanya perlu letak smartag diatas dashboard kereta atau sentuh TNG reader kemudian lalu dalam masa yang pantas tak perlu besesak2 berbaris)
2)Tidak perlu menyediakan duit tunai secukupnya untuk bayar tol....(dengan TnG ni mudah hanya sentuh dan lalu x payah dok tengok muka jurutol)

KELEMAHAN SMARTAG @ TNG
1)Selalu sangkut kat lorong smartag (disini aku nak tekankan kepada pengguna smartag punca2 selalu sangkut kat lorong smartag....antaranya Bateri low, kad tamat tempoh, kad baki kurang, transaksi gagal,dll)
2)TNG kita x tahu kad tersebut ada baki ke tak...(kadang2 main masuk ja kat lorng tng atau smartag alik2 baki kurang @ x baki)
3)Selalu bateri tiada....ni punca utama kenapa kenapa kereta selalu sangkut kat lorong smartag...
4)tempoh kad TNG lebih kurang 1ke 10 tahun ....(kalu kad anda agak2 dah dekat 10 tahun sila p tukar kerana tak lama lagi kad anda akan tamat tempoh)


Tips penggunaan Smartag ni...
1)pastikan sebelum masuk atau keluar dari lebuhraya pastikan bateri smartag anda ada...kalu ada jgn sesekali masuk lorong smartag ....masuk ke lorong TNG
2)sila pastikan baki kad anda ada baki dan boleh digunakan sebelum masuk ke lorong TNG @ smartag agar tidak menyusahkan anda sendiri, jurutol dan pengguna lain...
3)Semasa dilorong masuk....pastikan kad anda benar2 dibaca walaupun anda sentuh kad anda itu dilorong tiket@kad....kerana jika anda sentuh tapi kad anda tidak baca ...kemungkinan anda akan dikenakan panalti pada kadar terjauh..cthnya bagi kadat tol terjauh lebuhraya utara selatan adalah RM80 keatas....
4)letakkan smartag diatas dashboard kereta atau pegang smartag dengan betul sebelum anda sebelum masuk ke lorong smartag...jika anda tak buat demikian kemungkinan untuk terbehenti dilorong smartag adalah tinbggi (ini berdasrkan pengalaman sy)
5)pastikan anda letakkan bhg hitam pada smartag tersebut menghala keatas...sebab apa...sensor pengesan smartag ada diatas plaza...
6) pastikan smartag anda tidak terlampau panas atau sejuk...

ini saja yang mampu aku kongsikan berdasarkan pengalaman dan fakta sepanjang aku bekerja...kadang2 aku nak gelak pun ada...nak marah pun ada dengan gelagat pengguna yang x tahu guna kemudahan yang ada....banyak lagi aku nak kongsikan tapi tiada idea hihi...nanti aku cuba kongsikan

Saturday, June 4, 2011

Motor Kapcai Limosin....!!!!

Pelikkan dengaq nama kat atas ni...mesti semua x pernah tengokkan (x tahu kalu ada blogger pernah tengok)....hihi MOTOR KAPCAI LIMOSIN kat mana....jom zoom kat bawah....
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!!
!!!



Nota penulis:- sesuai bagi mat rempit2 nak buat aksi superman hahaha ruang pun panjang :-P

Friday, June 3, 2011

HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG

DAULAT TUANKU
MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH



SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA MEMBERKATI PERMERINTAHAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH


SEMPENA


ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI BAGINDA
PADA 4 JUN 2011 BERSAMAAN 2 REJAB 1432


Thursday, June 2, 2011

Seorang lagi Loser Bola

ni ha nak kongsikan video sorang pemain bola dari kelab kat Brazil. Yan telah menjadi bahan gelak seluruh dunia...hihi pa video ni tunujkan jom zoom kat bawah hihi





Segmen Mencari Blogger Lelaki

Segmen yang aku masuk seterusnya adalah SEGMEN MENCARI BLOGGER LELAKI.....ANJURAN oleh GUGURL ......cik gugurl ni nak cari teman lelaki kot sebab 2 dia buat segmen khas untuk lelaki macam ni ha...hihi (jgn marah gugurl gurau saja)....sapa2 yang anggap dirinya lelaki sesila la join segmen ni ha.... hoho saja promote diri hoho.....ni link dia kat bawah ni ha :-
!
!
!
!
http://jokegurl.blogspot.com/2011/05/segmen-mencari-blogger-lelaki.html

Gambar Sabun@makanan

Hari ni aku nak kongsikan gambar2 yang diambil dalam Forum Syok.Org....kt To machocats dan syok downloader...bila korang tengok gambaq ni mesti korang ingat gambaq ni makanan....memang sekali pandang makanan....tapi sebenarnya sebuah sabun....apa2 pun aku kongsikan gambaq2 ni....



paling menarik sebabnya pisang hihi



aiskrim warna warni pasti selera.....



roti ni....



macam pernah makan ja....biskut oreo ka hihi



macam ada kat secret recipe... hihi



macam betul ja....tapi sabun




biskut kering...hihi cicah kopi sedap



roti kaya....hihi



Gula-gula -candy bar...hahaha




umph......



sushi....



cup cakes hihi



Nota kaki penulis disini:- rasa sayang lak nak guna untuk mandi.....sekadar jadi perhiasan ja.... kalu bolan posa ni leh tergugat iman hihi