Sunday, June 5, 2011

Touch N Go @ Smartag vs Bayar Tunai....

Mesti ada tertanya2 kenapa aku tulis tajuk ni....( x kena mengena pun ngan aku) ya saja ja aku nak tulis benda ni kat sini sebab apa...aku sebagai jurutol kat PLUS merasa terpanggil nak tulis benda2 ni...bukan apa mesti korang perasan dalam dua tiga hari ini keadaan trafik kat mana2 lebuhraya terutamanya Lebuhraya Utara Selatan sesakkan.... kat sini aku nak tuliskan kelebihan dan kekurangan antara kedua2 penggunaa tersebut.... dan sedikit tips kepada sesiapa yang menggunakan smartag atau TNG di lebuhraya

KELEBIHAN SMARTAG @ TNG
1)Cepat dan Mudah ( hanya perlu letak smartag diatas dashboard kereta atau sentuh TNG reader kemudian lalu dalam masa yang pantas tak perlu besesak2 berbaris)
2)Tidak perlu menyediakan duit tunai secukupnya untuk bayar tol....(dengan TnG ni mudah hanya sentuh dan lalu x payah dok tengok muka jurutol)

KELEMAHAN SMARTAG @ TNG
1)Selalu sangkut kat lorong smartag (disini aku nak tekankan kepada pengguna smartag punca2 selalu sangkut kat lorong smartag....antaranya Bateri low, kad tamat tempoh, kad baki kurang, transaksi gagal,dll)
2)TNG kita x tahu kad tersebut ada baki ke tak...(kadang2 main masuk ja kat lorng tng atau smartag alik2 baki kurang @ x baki)
3)Selalu bateri tiada....ni punca utama kenapa kenapa kereta selalu sangkut kat lorong smartag...
4)tempoh kad TNG lebih kurang 1ke 10 tahun ....(kalu kad anda agak2 dah dekat 10 tahun sila p tukar kerana tak lama lagi kad anda akan tamat tempoh)


Tips penggunaan Smartag ni...
1)pastikan sebelum masuk atau keluar dari lebuhraya pastikan bateri smartag anda ada...kalu ada jgn sesekali masuk lorong smartag ....masuk ke lorong TNG
2)sila pastikan baki kad anda ada baki dan boleh digunakan sebelum masuk ke lorong TNG @ smartag agar tidak menyusahkan anda sendiri, jurutol dan pengguna lain...
3)Semasa dilorong masuk....pastikan kad anda benar2 dibaca walaupun anda sentuh kad anda itu dilorong tiket@kad....kerana jika anda sentuh tapi kad anda tidak baca ...kemungkinan anda akan dikenakan panalti pada kadar terjauh..cthnya bagi kadat tol terjauh lebuhraya utara selatan adalah RM80 keatas....
4)letakkan smartag diatas dashboard kereta atau pegang smartag dengan betul sebelum anda sebelum masuk ke lorong smartag...jika anda tak buat demikian kemungkinan untuk terbehenti dilorong smartag adalah tinbggi (ini berdasrkan pengalaman sy)
5)pastikan anda letakkan bhg hitam pada smartag tersebut menghala keatas...sebab apa...sensor pengesan smartag ada diatas plaza...
6) pastikan smartag anda tidak terlampau panas atau sejuk...

ini saja yang mampu aku kongsikan berdasarkan pengalaman dan fakta sepanjang aku bekerja...kadang2 aku nak gelak pun ada...nak marah pun ada dengan gelagat pengguna yang x tahu guna kemudahan yang ada....banyak lagi aku nak kongsikan tapi tiada idea hihi...nanti aku cuba kongsikan

3 comments:

  1. dekat sabah tak pakai smart tag.. hihii

    ReplyDelete
  2. smart tag kena simpan elok2...ramai pencuri

    ReplyDelete
  3. harharhar...

    info yg sangat menarik..thanks bro..

    ReplyDelete