Thursday, June 23, 2011

Kenali Mr Bean

Semua orang kenal Mr bean seorang yang lurus bendul dan lawak ....aku minat ngan cerita Mr Bean ni walaupun lawak dia x masuk akal...hihi sini aku nak kongsikan siapa yang mainkan watak Mr Bean tu iaitu Rowan Atkinson mungkin ada yang pernah baca dan kongsikan bend ni....terima kasih kepada mr Zyber akuma dalm syok.org kerana sedia kongsikan benda ni....


Rowan Atkinson dilahirkan di Consett, County Durham, England pada 6 Januari 1955 dan merupakan anak kepada Ella May & Eric Atkinson yang bekerja sebagai petani di Durham. Atkinson dibesarkan di Anglikan dan mendapat pendidikan di Sekolah Durham Choristers, St. Bees School. Beliau merupakan pelajar pintar yang menuntut di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan meneruskan sarjana tingginya di Universiti Oxford dalam bidang sains.

Sedari zaman persekolahannya lagi, beliau yang terkenal menerusi rancangan komedi, Mr. Bean sudah mula menunjukkan minat berlakon apabila acapkali berlakon dalam persembahan teater sekolah. Menerusi Festival Edinburgh Fringe pada tahun 1976 & Oxford University Dramatic Society (OUDS) , beliau berpeluang bekerjasama dengan penulis, Richard Curtis dan komposer, Howard Goodall. Malah, sehingga kini mereka masih lagi bekerjasama.

Kejayaan yang diperoleh menerusi kerjasama beliau dengan Angus Deayton dalam rancangan-rancangan berunsur komedi telah membuka jalan kepadanya untuk menceburi bidang penulisan & radio. Walaupun pernah ditawarkan siri televisyen sendiri, beliau menolak tawaran berkenaan. Beliau bekerjasama dengan John Lloyd menerusi “Not The Nine O’Clock News” dan kejayaan rancangan tersebut membawanya berlakon sebagai Edmund Blackadder menerusi “The Black Adder” pada 1983. Kreativiti beliau makin terserlah menerusi “Mr. Bean” dan kerana rancangan komedi inilah beliau dikenali sebagai Charlie Chaplin moden. Malah, nama Mr. Bean beliau lebih dikenali berbanding nama sebenar beliau. Siri komedi ini yang banyak menggunakan mimik muka dan pergerakan badan membuatkan ia diangkat sebagai filem iaitu “Mr. Bean” & “Mr. Bean’s Holiday”.


TEORI CERITA MR.BEAN

Mr.Bean
Mr. Bean adalah satu-satunya watak di dalam program ini (kecuali Teddie, patung beruang kegemarannya). Watak-watak lain yang muncul sekadar sebahagian daripada jenakanya, dan selain Mr. Bean cuma terdapat dua watak sampingan iaitu; "teman wanitanya" Irma Gobb (dilakonkan oleh Matilda Ziegler) dan Mr. Sprout, yang selalu kelihatan di dalam kereta Reliant Regal Supervan III yang berwarna biru, (yang selalunya akan terbalik, dilanggar dll). Walau bagaimanapun Angus Deayton selalu akan kelihatan di samping Atkinson sebagai watak sampingan yang melakonkan watak-watak secara rawak.

Mini Cooper Mr. Bean
Kereta mini Mr. Bean, juga boleh dikatakan satu watak utama. Pada mulanya, kereta mini berwarna jingga ialah kereta kegemaran Mr. Bean, tetapi kereta ini mengalami kemalangan pada pengakhiran episod pertama. Mulai saat itu, kereta mini itu berwarna kuning dengan bonet berwarna hitam. Ia muncul pada episod "The Curse of Mr. Bean". Mr. Bean menggunakan mangga sebagai kunci kereta daripada menggunakan secara normalnya kunci kereta biasa. Kereta mini itu menjadi tumpuan dalam beberapa aksi (contohnya; Mr. Bean memakai baju di dalam kereta tersebut semasa sedang memandunya). Kereta itu dihancurkan oleh sebuah kereta kebal dalam episod "Back to School Mr. Bean", tetapi kembali semula dalam episod yang seterusnya.

Makhluk Asing
Lagu tema rancangan ini memperlihatkan Mr. Bean jatuh dari langit melalui satu gelung cahaya. Terdapat teori yang mengatakan bahawa Mr. Bean ialah makhluk asing dan ada juga yang mengatakan Mr. Bean seorang pari-pari yang diperturunkan ke Bumi.

Walau bagaimanapun, penerbit rancangan ini mendakwa ini adalah untuk menunjukkan statusnya sebagai seorang insan biasa yang diberi peluang mencari kemasyhuran.


Sinopsis Ringkas Mr.Bean
p/s: ni utk sapa2 yg xpenah tgk cita Mr.Bean sampai abis

Mr. Bean:


Episod ini mengandungi tiga aksi berbeza. Pertama sekali, Bean pergi ke universiti untuk mengambil ujian Matematik. Beliau yang belajar bidang Trigonometri tersilap mengambil kertas Kalkulus. Hanya pada dua minit terakhir baru beliau sedar yang terdapat dua kertas berbeza. Babak kedua menyaksikan Bean pergi ke pantai dan cuba untuk menyalin pakaiannya tanpa dilihat oleh seorang lelaki. Selepas berjaya, barulah Mr. Bean tahu yang lelaki itu sebenarnya buta. Akhir sekali, Bean pergi ke gereja dan tertidur. Beliau kemudiannya cuba untuk memakan gula-gula tanpa disedari oleh sesiapa.

The Return of Mr. Bean:


Episod ini mengandungi empat buah babak. Pertama, Bean menolong pemuzik jalanan dengan menari. Kedua, Bean mencuba kad kredit barunya di sebuah pasar raya. Dia membeli-belah (mencuba dahulu sebelum membeli) dan kemudian kehilangan kad kreditnya kepada seorang lelaki yang tersilap mengambil kad kreditnya. Bean cuba untuk mengambilnya semula tanpa disedari lelaki tadi tetapi tanganya tersekat dan lelaki tadi mengheret Bean sehingga ke tandas. Ketiga, Bean pergi restoran sempena hari jadinya dan memesan daging panggang. Tetapi kerana makanan yang dipesan tidak sedap dia membuangnya di tempat berbeza (dalam beg tangan, seluar pemain violin). Akhir sekali, Bean hadir ke majlis untuk berjumpa dengan "Ratu" England tetapi dia datang dalam keadaan tidak bersedia. Ketika dia ingin tunduk hormat kepada Ratu, kepala Ratu terhantuk ke kepalanya lantas dia melarikan diri.

The Curse of Mr. Bean:


Episod ini mempunyai empat buah babak. Pertama, Mr. Bean pergi ke kolam renang dan cuba untuk terjun daripada papan terjun (sebaliknya takut dan akhirnya ditolak oleh dua budak lelaki). Kedua, Bean enggan bayar duit letak kenderaan jadi mencuba pelbagai cara untuk keluar daripada pintu masuk. Ketiga Bean pergi taman untuk makan tengah hari dengan cuba untuk membuat sandwich sendiri (dengan roti buku dan ikan dalam balang) tetapi dia bersin menyebabkan sandwich itu jatuh. Lelaki disebelahnya akhirnya memberikan dia sanwich yang baru. Akhir sekali, Bean pergi ke panggung wayang untuk melihat filem seram bersama teman wanitanya. Dia sendiri yang menjadi takut (walaupun dia menakutkan orang lain).

Mr. Bean goes to town:


Episod kali ini mempunyai empat bahagian. Pertama, Bean membeli sebuah televisyen baru tetapi menghadapi masalah untuk menerima siaran (ini memaksanya berbogel di satu supaya isyarat dapat diterima). Kedua, Bean menggunakan kamera yang baru dibelinya tetapi dicuri. Bean, menggunakan pensel untuk mengenal pasti pencuri itu ketika kawat cam polis. Ketiga, Bean terasa gatal dikakinya dan membuka sebelah kasut untuk menggaru kakinya. Dia meletak kasut tadi di atas bumbung sebuah kereta, dan kereta itu tiba-tiba dihidupkan menyebabkan Mr. Bean menjengket ke seluruh pekan itu (dia berjaya menemui kasutnya semula). Akhir sekali, dia membawa teman wanitanya ke disko dan prtunjukan silap mata. Dia merosakkan pertunjukkan silap mata tadi dan menyebabkan dia ditinggalkan teman wanitanya. Di disko, teman wnaitanya menari bersama lelaki lain tetapi Mr. Bean cuba mengambil tempatnya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Mr. Bean meninggalkan disko tadi dan menutup suis utamanya.

The Trouble with Mr. Bean:


Episod ini mempunyai 3 babak. Pertama sekali, Bean lewat untuk temu janji dengan doktor gigi dan terpaksa menukar pakaian dan menggosok gigi ketika sedang memandu kereta ke klinik gigi. Kedua, dia tiba di klinik gigi tetapi dengan tidak sengaja tercucuk kaki doktor gigi dengan ubat kebas menyebabkan doktor itu terjatuh dan pengsan. Bean memutuskan merawat giginya sendiri sehinggalah doktor itu kembali pulih. Ketiga, Bean pergi ke taman untuk berkelah tetapi seekor tebuan mengganggu Mr. Bean dan inginkan keknya. Dengan kecewa, dia meninggalkan tapak perkelahannya dan membuang kek tadi kepada seorang pencuri kereta.

Mr. Bean Rides Again:


Episod ini mempunyai empat bahagian. Pertama, Bean ingin ke pejabat pos tetapi kereta mininya tidak boleh dihidupkan jadi dia memutuskan untuk menaiki bas. Semasa di perhentian bas, seorang lelaki diserang sakit jantung dan Bean cuba untuk menolongnya yang akhirnya, lelaki tersebut pengsan akibat perbuatannya yang cuba mengejutkannya dengan kuasa elektrik. Ambulans datang tetapi Bean mengambil semua kuasa daripada bateri ambulans tersebut ke keretanya. Kedua, semasa dalam perjalanan, Bean tidak sengaja tertelan setem dan dia kemudiannya mencuri setem daripada seorang wanita. Apabila wanita terbabit berpatah balik, Bean menyembunyikan dirinya dalam tong pos itu sehinggalah tong pos itu dibuka semula. Ketiga, Bean mengemas barangannya untuk pergi bercuti dan seboleh-bolehnya meringkaskan barangannya agar muat ke dalam beg kecil. Tetapi, dia tidak ketahui bahawa ada beg yang lebih besar selepas berjaya mengemas barangnya. Akhir, Bean menaiki kereta api tetapi dia diganggu dengan bunyi gelak tawa seorang lelaki. Bean kemudiannya menjumpai gula-gula getah dan meletakkanya di telinga yang menyebabkan dia tidak mendengar konduktor kereta api meminta tiket dan terkejut kemudiannya sehingga tercampak buku yang dibaca. Bean kemudiannya menaiki kapal terbang dan cuba menjaga seorang budak yang sakit disebelahnya.

Merry Christmas, Mr. Bean:


Episod ini mempunyai empat buah babak. Pertama, Bean pergi ke sebuah kedai di London dan melakukan perkara yang pelik (mencuba lampu, bermain anak patung, dsb.). Kedua, Bean bertemu dengan teman wanitanya yang menunjukkan kepada Bean sebutir cincin pertunangan, beliau kemudian menangkap penyeluk saku dan menjadi konduktor sebuah pasukan muzik. Ketiga, Bean bersiap untuk Krismas tetapi dibosankan dengan filem-filem perang, seram dan menutup pintu pada sebuah kumpulan nyanyian karol krismas. Keempat, Bean cuba memasak ayam belanda tetapi kehilangan jam tangannya di dalam ayam belanda tersebut. Hal ini menyebabkan kepalanya tersangkut kepada ayam belanda terbabit ketika teman wanitanya tiba yang kemudian menolongnya. Kemudian, mereka memakan sandwich dan Bean memberinya hadiah; hanya sebuah gambar pertunangan yang dilihat di kedai cincin semalam. Kecewa, teman wanitanya meninggalkan dia dan Bean menyambut krismas sendirian (dan meletupkan mercun yang digabungkan bersama).

Mr. Bean in Room 426:


Episod ini merangkumi satu babak yang besar. Bean pergi menginap di hotel dan membuat pelbagai perkara yang aneh dan pelik di sana. Antaranya ialah, menebuk lubang di dinding untuk menggantung gambarnya, menyusup masuk ke dalam bilik sebelah untuk mandi. Pada makan tengah hari, dia meniru jiran hotel sebelahnya sehingga tersalah makan. Hal tersebut membuatkan dia terpaksa mengambil pelbagai ubat semalaman kerana risau jika dia akan ditimpa sakit. Akibat kepanasan, beliau membuka seluruh pakainnya. Kemudian, jiran sebelahnya memainkan muzik dengan kuat dan ini menyebabkan dia keluar ntuk mengetuk pintu jirannya supaya memperlahankan bunyi (dalam keadaan bogel!). Pintunya secara automatik terkunci dan dia terpaksa mencari jalan mendapatkan kunci pendua tanpa diketahui oleh orang lain.

Mind the Baby, Mr. Bean:


Episod ini juga merangkumi satu suasana yang besar. Bean pergi ke pesta ria tetapi secara tidak sengaja terlupa mengunci but keretanya. Pemegang but ini menarik sebuah kereta bayi (sudah tentu terdapat bayi di dalamnya!) ke pesta ria tersebut. Selepas sedar akan kehadiran bayi tersebut Bean terpaksa menjaganya dan membawanya ke pasta ria sehinggalah bayi itu dipulangkan kepada ibunya (yang secara kebetulan berlaku).

Do-It-Yourself, Mr. Bean:


Episod ini mempunyai tiga babak. Pertama, Bean mengajak dua kawannya, Rupert dan Hubert untuk meraikan tahun baru tetapi parti itu membosankan mereka dan apabila Bean pergi menyiapkan snek, mereka dengan segera menukar jam ke pukul 12 tengah malam dan mengatakan yang mereka penat. Bean kemudiannya masuk tidur dan dia baru sahaja menyedari yang tahun baru menjelang tiba. Kedua, Bean pergi membeli-belah sempena tahun baru dan memuatkan banyak barang pada kereta mininya termasuklah sebuah kerusi rehat. Ketiga, Bean cuba mengubah suai rumah sendiri tetapi menyebabkan rumahnya huru-hara. Dia menutup semuanya dengan surat khabar dan meletupkan tin cat. Semasa Bean keluar daripada rumahnya, Hubert masuk kerana ingin mengambil topinya.

Back To School, Mr. Bean:


Episod ini menampilkan Mr. Bean pada hari terbuka sebuah sekolah. Tidak dapat mencari tempat letak kereta, Bean ternampak sebuah kereta yang menyerupai keretanya diletakkan pada satu tapak dan menukarkan kereta itu dengan keretanya. Semasa dalam sekolah, Bean mengacau seorang penulis kaligrafi dan orang lain. Dalam makmal sains Bean mencuba mencampur adukkan bahan kimia menyebabkan terjadinya letupan kecil yangtidak berbahaya. Asap biru keluar daripada makmal itu. Bean berjaya melepaskan diri tetapi seorang budak tidak. Semasa dalam kelas seni bean terkejut kerana dia terpaksa melukis seorang wanita bogel dan dia segera membuat baju dalam untuk wanita terbabit. Semasa dalam kelas karate, Bean yang ketakutan berjaya mengelirukan seorang guru taekwando dan menggulungnya dalam tilam. Semasa menyalin seluar, Ban tertukar seluarnya dengan sluar orang lain dan tergesa-gesa mencari seluarnya. Dalam tandas lelaki, Bean berjaya mencari seluarnya dan merampas kembali daripada lelaki terbabit. Akhir sekali, Bean menyaksikan kereta mininya dimusnahkan oleh sebuah kereta kebal.

Tee Off, Mr. Bean:


Episod ini mempunyai dua babak. Babak pertama adalah ketika Mr. Bean mencuci bajunya sendiri di dobi dan yang dicucinya ialah dadu hiasan, alas kaki, patung Teddy, dan seluar dalam. Kesilapannya mencuci seluar dalam membuatkannya menukar seluar dalam di situ juga dan menyebabkan dia tanpa disengajakan memakai skirt perempuan. Diterukkan lagi, terdapat seorang lelaki yang suka membulinya dan dibalas Bean dengan menukar sabun lelaki tersebut kepada kopi pekat. Kedua, Bean bermain golf. Peraturan permainan golf yang tidak membenarkan pemukul memegang bola golf menyebabkan Bean memukul bola golf merata tempat (bawah tanah, dalam tong sampah, dalam plastik barangan runcit, malah di dalam paip ekzos kereta Proton Saga Iswara untuk memasukkan bola tersebut ke dalam lubang.

Goodnight, Mr. Bean:


Episod ini mempunyai tiga babak. Babak pertama menunjukkan Bean pergi ke hospital. Ketika meletakkan kereta, Bean meletakkan kereta terlalu dekat di belakang ambulans menyebabkan pintu ambulans tidak dapat dibuka. Ketika di hospital, nombor gilirannya yang masih jauh menyebabkan Bean sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan gilirannya untuk dirawat (mengeluarkan tangannya daripada teko). Kedua, Bean bergambar dengan pengawal tentera Britain. Bean cuba menghias dan mendandan pengawal tersebut (dengan bunga) untuk bergambar bersamanya. Walau bagaimanapun, akhirnya pengawal tersebut beredar ketika kamera mengambil gambar. Ketiga menunjukkan persiapan Bean sebelum tidur. Gelagatnya ditunjukkan dengan menggosok gigi, membersihkan muka dan telinga menggunakan berus gigi yang sama. Malangnya, Bean mendapat kesukaran untuk tidur. Dibuka pula televisyen dan dia menonton pertandingan catur. Baru sahaja hendak lelap, muzik rancak mengejutkannya. Akhirnya, dia menggunakan kaedah biasa iaitu mengira kambing (dengan kalkulator).

Hair by Mr. Bean of London:


Episod ini terdapat hanya melalui video dan mempunyai tiga babak. Yang pertama adalah gelagat Bean di kedai gunting rambut. Ketika penggunting rambut sedang berbual, Bean menyamar menjadi penggunting rambut sehingga membotakkan seorang budak dan merosakkan rambut palsu pelanggan lain. Babak kedua menunjukkan Bean di pasta ria pinggir bandar yang terdapat pertandingan lumba anjing. Walau bagaimanapun, Bean mendaftarkan Teddy untuk menyertai pertandingan itu lalu menang. Tetapi, hadiahnya ialah seketul tulang besar yang sudah tentu tiada guna buatnya. Dia membuang tulang tersebut dan menyebabkan kanak-kanak berhampirannya diserang anjing lain. Babak ketiga dan terakhir menunjukkan Bean membuat pelbagai helah untuk melepasi pemungut tiket di stesen kereta api kerana ketiadaan tiket. Akhirnya, dia dengan memasukkan dirinya ke dalam guni dan berjaya di bawa masuk ke dalam kereta api (lalu menuju ke Russia)..dan tamat lah cerita Mr.Bean




dengan bini dia Sunetra Sastry



anak lelaki dia Benjemin Atkinson


Anak perempuan dia Lily Atkinson

Sini aku kongsikan Thriller Cerita JOHNNY ENGLISH REBOND yang akan ditayangkan pada 7 oktober 2011


No comments:

Post a Comment