Saturday, June 18, 2011

Baca je la.....

Terasa aku nak tulis benda ni la... Tak tahu apa perasaan aku bila melihat Siti Nurhaliza dan rakan2 artis yang lain termasuk la David Teo tu pakai baju loreng yang menyatakan mereka telah menyertai Regimen Askar Wataniah ini...Nak kata perasaan aku rasa bangga (adalah sikit), rasa keliru, rasa geli hati pun ada, dan x rasa apa2 pun ada bila melihat mereka berpakaian loreng ini...bukan aku rasa tercabar atau jelous tapi ingin memnyatakan persoalan yang timbol dibenak kepala aku ni....
bukan aku x bangga bila ada dikalangan artis ni masuk wataniah...dan tidak dinafikan juga dengan penyertaan para artis ni dapat menarik golongan muda dan pertengahn menyertai wataniah ini.... tapi timbul persoalan aku....adakah mereka akan dilayan secara sama rata dari segi
LATIHAN,PEMBAYARAN ELAUN, KENAIKAN PANGKAT DALAM WATANIAH, dan lain2 lagi...seperti orang awam yang menyertai wataniah....sedangkan mereka masuk wataniah ni di beri publisiti yang meluas berbanding orang lain yang menyertai askar wataniah ni...dan Adakah mereka ini akan dilayan tersangat la istimewa diatas nama ARTIS dan VIP didalam wataniah ini....aku mengharap yang mereka ini akan dilayan secara adil dan saksama....

mungkin ada para blogger dan orang disana mengatakan yang aku tidak layak bercakap mengenai perkara kecik ini...tapi...aku ada pengalaman dalam menyertai WATANIAH ni semasa aku belajar di UPM dimana aku menyertai
PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)dimana aku merasa la juga hidup didalam dunia askar walaupun bagi Askar tetap (regular) yang menyertai latihan askar wataniah hanya sedikit sahaja berbanding dengan latihan askar regular..... apa2 pun ucap tahniah atas penyertaan Dato Siti dalam wataniah moga dapat dicontohi oleh artis lain dan orang2 awam yang lain....



perbandingan yang ketara berbanding dengan gambar diatas..hihi

nota penulis:- rasa bangga bila tengok ayah aku pernah menyarong baju loreng ini dulu....
psst:- terasa geli ati melihat artis berpakaian loreng....

No comments:

Post a Comment