Friday, June 10, 2011

Amaran kepada Kaki Download

Ni berita gempar wat kaki - kaki downloader movie macam aku ni....

SKMM Meminta Penyedia Internet Menghalang Akses Ke 10 Laman Perkongsian Popular

Sejak beberapa minggu ini, beberapa laman-laman hos fail terkemuka menghadapi masalah untuk diakses, dan kini ianya diketahui mengapa ianya berlaku. Ianya kini diketahui yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke beberapa laman yang terbabit.

Melalui satu surat rasmiuatu , SKMM telah meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular. Ianya diperkatakan akses ke laman tersebut terpaksa dihalang kerana ianya terlibat dalam perkongsian fail-fail berhak-cipta, dan melanggar akta hakcipta tempatan.

10 halaman yang terlibat adalah www.movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube, dan juga MegaUpload. Walaubagaimanapun, buat masa ini, beberapa penyedia internet masih lagi memberikan akses ke halaman ini. Namun mungkin ianya akan dihalang tidak lama lagi


Disebabkan permintaan berulang untuk penjelasan dari pelanggan kami mengenai website tertentu yang mana tidak lagi boleh dicapai pada rangkaian P1 4G, Disini kami sertakan satu salinan surat itu dari MCMC mengenai tempat-tempat yang perlu disekat oleh ISPs. Harapan ini dapat menjelaskan perkara tersebut. Terima kasih.





>




nota aku:- ni satu langkah yang mengejutkan yang dilakukan oleh pihak SKMM(suruhan komunikasi Malaysia) bagi aku sorang kaki donwload.... tapi kebanyakan site2 yang bakal diblock ni kebanyakkan aku x guna...tapi pada keadaan yang mermelukan saja aku guna.... sepatutnya SKMM patut mengutamakan menghalang penyebaran laman web lucah ataupun laman2 web yang berbaur perkauman....bagi para downloader semua ini berita yang mengejutkan sapa2 yang selalumendownload....

Psst:- aku mengharapkan yang Mediafire tidak diblock...itu la sumber aku mencari cerita2 terbaik.... hihi

1 comment: