Wednesday, July 28, 2010

Kucing aku

Ini kucing aku.... namanya TAM atau nama lain dia CAT...
umur dia sekarang baru nak masuk 3bulan tapi nampak dah besaq dah....
asal usul dia aku tak tahu.... tapi satu hari 2 masa dia ni kecik lagi datang kat umah aku .... masuk umah aku ngan selamba dia ja....hahaha pas 2 mak aku cakap nak bela dia sebab kesian.... skrag ni dah besaq dah.... nakal lagi....
dia ni satu ja takbiat dia.... suka hisap telinga orang ... mungkin sebab masa kecik2 x dapat susu mak dia (kena buang kot) huhuhu.... habis semua telinga orang dia hispa huhuhu...
hahaha lupa lak....dia ni suka dok kat tingkap.....mungkin mengenang nasib dia kot huhuhu
apa2 pun skrg dia dah masuk dalam family aku... mak aku sayang sgt kat dia ni....(manja betul)
kat sini aku letak gambaq2 dia yo...................





Kaum2 yang dibinasakan

Ni ada satu article yang hendak aku kongsikan sekali lagi. Jadikan sedikit ikhtibar apa yang berlaku pada kaum2 terdahulu ...kt to saurykent

Untungnya, umat akhir zaman ini mempunyai banyak kelebihan, berkat kasih sayang Allah swt kepada Nabi-Nya - Muhammad saw. Bencana tidak berlaku serta merta kepada umat Nabi Muhammad saw seperti umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri. Mari kita ikuti sedikit sejarah mengenai kaum-kaum yang dibinasakan untuk renungan kita bersama yang dipetik dari majalah SOLUSI di bawah tajuk Dosa Besar.

Kaum-kaum yang dibinasakan.

Firman Allah swt dalam surah Qaff ayat 12-14 bermaksud: "Sebelum mereka, kaum Nuh, penduduk Rass, dan Thamud telah mendustakan (rasul-rasul). Dan (demikian juga) kaum Add, kaum Firaun dan kaum Lut, dan (juga) penduduk Aikah serta kam Tubba'. Semuanya telah mendustakan rasul-rasul, maka berlakulah ancaman-Ku (atas mereka)."

Kaum Nabi Nuh.
-Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun, namun yang beriman hanya sekitar 80 orang. kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah datangkan banjir besar meneggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri.

Kaum Nabi Hud.
-Nabi Hud a.s diutus kepada Kaum Aadd.Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah datangkan angin taufan yang dahsyat dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan sehingga binasa seluruh kaum Aad.

Kaum Thamud.
-Nabi Saleh a.s. diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah swt. Malangnya kaum Thamud yang engkar telah membunuh unta betina tersebut. Azab yang dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibrail yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

Kaum Sadum.
-Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji yakni perbuatan homoseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Luth yang diutus kepada mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda dua malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu nabi Luth. Dengan bermula satu getaran, kemudian gempa bumi yang kencang dan hujan batu sijjil, menghancurkan serta merta kota Sadum berserta semua penghuninya.

Kaum Madyan.
-Nabi Syuaib diuuskan kepada Kaum Madyan. Mereka menyembah "aikah", yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu menipu merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehingga yang kaya semakin kaya, yang lemah semakin melarat hidupnya.
Nabi Syuaib berusaha menyeru kaumnya, namun mereka engkar. Diturunkan Allah swt keatas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanasan yang membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan keatas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan yang dahsyat, semetara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati betimbunan.

Firaun dan Bani Israil.
-Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutus untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh, malah mengaku dirinya Tuhan. Nabi Musa bersama orang beriman diarahkan Allah melarikan diri, merentasi Laut Merah yang terbelah, Firaun dan tenteranya yang mengejar merekaditenggelamkan oleh laut yang bertingkup.

Ashabus Sabt.
-Segolongan dari kaum Bani Israil yang fasiq di Kota Eliah. Mereka telah melangga larangan Allah swt supaya tida menangkap ikan pada hari SAbtu, kerana ia khusus untuk beribadat. Allah menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut, lantas tanpa menghiraukan larangan Allah, mereka telah melakukan helah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Lalu Allah Taala melaknat mereka menjadi kera yang hina.

Ashabul Rass.
-Rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah kampung yang terletak di Daerah Thamud. diutus seorang Nabi yang bernama Hanzalah Bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuhnya dan dicampak ke dalam telaga. Allah swt telah binasakan penduduk kampung ini dengan kemarau yang dahsyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi.

Kaum Tubba'.
-Tubba' adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan salah seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya tetap kafir sehingga melampaui batas, maka Allah swt binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba' menjadi gelaran kepada raja-raja Yaman.

Monday, July 26, 2010

Fakta2 yang jarang diketahui

Tadi aku terbaca article ni dalam laman sesawang syok.org... menarik gak apa yang ditulis itu...jadinya aku kongsikan bersama2 ............(kt to:-mr badayat)

1) Bom Nuklear yang meletup di Hiroshima dan Nagasaki diberi nama 'fat man' dan 'little Boy'.
2) Bom terkuat di dunia, Bom Hidrogen yang diletupkan di Socorro, New Mexico diberi nama 'Trinity' diharamkan sejurus mereka selesai meletupkannya.
3) Batu galian yang menyerap radiasi bom 'Trinity' dinamakan 'Tritenite'.
4) Mata yang anda lihat pada watak2 dalam kartun @ anime jepun sebenarnya berasal dari mata ikan
5) Gelaran 'TUN' adalah gelaran yang paling tinggi sekali ianya tidak boleh dikurniakan kepada lebih 25 penerima yang masih hidup.
6) Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn adalah antara penuntut silat seni gayong yang paling dikenali ramai.
7) Kebanyakan barangan global dihasilkan di Malaysia. Antaranya adalah cip Intel Petium (ya..yang ada dalam komputer dan laptop anda tu)
8) Ramai yang mengatakan album Siti Nurhaliza adalah yang paling laris di Malaysia, tapi kumpulan nasyid Raihan adalah pemegang rekod sebenar bagi album terlaris dengan jualan 700,000 unit album 'Puji-Pujian'
9) Mcdonald adala pembekal mainan paling banyak didunia.
10) SUPER GLUE sebenarnya dicipta SECARA TIDAK SENGAJA. Sainstis sebenarnya mahu mencipta bahan menyalut bahan optic (seperti Contact Lenses) dengan meletakkan SUPER GLUE antara dua prism dan menghalakan lmpu padanya namun apabila sainstis mahu mengasingkannya kedua - dua prism tersebut tidak dipisahkan.
11) Cuba teka binatang apakah yang paling merbahaya di dunia..... singa?gajah?ular?jerung? ....semua nya salah. Jawapan sebenarnya adalah LALAT... ini kerana LALAT selalu menhinggap dekat najis2 haiwan dan menyebarkan penyakit berbanding binatang lain.
12) Ramai yang setuju sekiranya beruk lebih kacak dari manusia... anada tidak percaya? cuba anda tanya seseorang 'ANTARA AKU DENGAN BERUK SAPA LEBIH KACAK?' (jika ada antara mereka yang menjawab 'ANDA', mereka adalah orang yang paling baik hati ....huhuhu)

CORETAN 2

Salam....dah lama x jengok2 dalam blog aku...dekat sebulan jugala... umph...hari ni aku p temuduga untuk jadi jurutol sambilan kat PLUS(bukan tambah no)... tapi singkatan kepada Projek lebuhraya utara selatan... apa yang menariknya temuduga ni menguji aku dalam matematik.... soalan2 yang diberi boleh dikatakan mudah tah silap mana tah bila dia bagi balik kertas soalan 2 kat aku ... ada gak jawapan yang salah....mungkin terlalu overconfindent kot....huhuhu.... Sebelum temuduga bermula jugala....ada sorang mamat ni....pakai suar jeans alik2 kena halau... mungkin beranggapan kerja plus ni senang dapat kerja...xpala....2 x kisahla tp apa yang penting disini penampilan seseorang calon semasa temuduga.... itu yang penting....
Ramai gak la yang datang untuk ditemuduga hari ni tu ada yang x dtang lagi.. mungkin ada dalam 200 orang agaknya....... sebenarnya pihak PLUS nak pakai orang pada musim raya ni.... aku x kisah kalu bekerja pada hari raya.... yang penting duit poket aku masuk.... ayah aku pun ckap yang penting ada pengalaman kerja dan temuduga.....